Semua perbelanjaan bagi perolehan aset termasuk kenderaan, peralatan komputer dan lain-lain kelengkapan pejabat sama ada di bawah Perbelanjaan Mengurus mahupun Pembangunan perlu mendapat kelulusan Perbendaharaan terlebih dahulu walaupun telah diluluskan di dalam Bajet Negeri Tahun 2010 kecuali perolehan yang tidak melebihi RM5,000.00 setiap satu item setahun. (Rujuk Pekeliling Perbendaharaan Negeri Johor Bil. 1/2010 perkara bil. 8)
Penggunaan kemudahan hotel bagi perkara tersebut di atas sama ada melibatkan peserta dari luar jabatan ataupun dalam jabatan adalah dibenarkan dengan syarat jumlah perjalanan bagi penganjuran tersebut tidak melebihi RM10,000.00. Sekiranya melebihi amaun tersebut kebenaran Perbendaharaan hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Perolehan secara pakej hendaklah mematuhi kadar kelayakan penginapan dan elaun makan peserta latihan yang berkuatkuasa. (Rujuk Pekeliling Perbendaharaan Negeri Johor Bil. 1/2010 perkara bil. 16)
Tahniah kepada JKR (D) Segamat
JKR (D) Segamat telah diumumkan sebagai pemenang anugerah Pengurusan JKR Daerah Terbaik di Mesyuarat Pegawai Kanan JKR Malaysia di Ipoh Perak pada 8 Jun 2010. Bahagian Perolehan Negeri JKR Johor mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut. Semuga ianya akan menjadi dorongan dan suntikan semangat kepada warga JKR Johor semua.
Majlis Maulidul Rasul 1431 Hijrah
Majlis Maulidur Rasul 1431 Hijrah JKR Caw. Mekanikal & Stor Negari telah diadakan pada 06 Mei 2010 bertempat di Perkarangan Pejabat JKR Caw. Mekanikal bermula jam 10.00 pagi. Majlis dipenuhi dengan bacaan Berzanji dan Marhaban oleh semua kakitangan serta Ceramah Agama dari Y.B. Ustaz Hj. Mohd Azman Bin Mohsin, Pegawai Tadbir Agama Daerah Johor Bahru. Turut hadir sama ialah KPP Pentadbiran & Kewangan, En. Mohd Shukri bin Masbah. [Seterusnya]